Dalam bahasa arab banyak istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan sesuatu, contohnya untuk perkataan 'meninggal dunia' selain dari menggunakan perkataan biasa seperti (مات) atau (توفي) :
1) لَقِيَ الله
Contoh ayat : لقي صالح الله بعد حياة ملؤها الإحسان والخير (Saleh telah meninggal dunia selepas hidupnya penuh diisi dengan kebaikan).
2) لقي مصرعه
Contoh ayat : لقي ستة أشخاص مصرعهم في حريق مروِّع (Enam orang telah meninggal dunia dalam kebakaran yang mengerikan).
3) لقي حتفه (maut secara tiba-tiba/mati katak)
Contoh ayat : لقي اثنان من المواطنين حتفهما في حادث اصطدام سيارة (Dua orang warganegara telah meninggal dunia dalam kejadia kemalangan kereta).
p/s ada banyak lagi istilahnya, nanti kalau saya jumpa lagi, saya akan letak lagi di sini.
Sunday, 25 May 2008
Saturday, 24 May 2008
Seminar Kewangan Islam
Kepada sesiapa yang berada di Melaka, bolehlah menghadiri seminar ini. Sememangnya seminar ini amat berfaedah sebagaimana untuk merealisasikan objektif:
*Mendedahkan disiplin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.
*Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di institusi kewangan semasa.
*Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.
*Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.
*Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan bank Konvensional.
*Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti kadar di perbakan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan lain-lain. *Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.
*Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.
*Memberi ruang bagi orang awam memahami dengan lebih jelas hakikat sebenar proses kewangan mereka berjalan di perbankan Islam dan Konvensional.
Tarikh & Masa : 31 Mei 2008 (Sabtu)

*Memberi ruang bagi dialog dan mendapatkan penjelasan sebenar tentang perbankan Islam.
Berikut adalah butir-butir program tersebut:
Berikut adalah butir-butir program tersebut:
Tarikh & Masa : 31 Mei 2008 (Sabtu)
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat CNI, Batu Berendam Putra, Melaka
(Sila lihat map ini :
Penceramah : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
B.A (Hons) Usuluddin, Universiti Malaya,
M.A. Syari’ah (Jayyid Jiddan), Universiti al-Yarmouk, Jordan
Pensyarah Kuliah Ekonomi, IIUM
Bekas Ketua (Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Syariah)
RHB Islamic Bank Berhad(anak syarikat Qatar Islamic Bank)
Untuk penyertaan @ pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi En. Karim (016-6186310)
Untuk penyertaan @ pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi En. Karim (016-6186310)
Alhamdulillah...
Akhirnya aku sudah pun menjadi salah seorang dari kalangan blogger.. Actually dah banyak blog aku dah join sebelum ni, tapi yang tetap sampai la ni yang ada kat friendster. Tapi kalau yang kat friendster tu cam susah je nak masuk, kalau nak post kena log in friendster, oleh disebabkan cam leceh je, this makes me build a new blog through this domain..
Semoga usaha baru ini diberkati Allah dan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Semoga usaha baru ini diberkati Allah dan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Subscribe to:
Comments (Atom)