Saturday, 24 May 2008

Seminar Kewangan Islam

Kepada sesiapa yang berada di Melaka, bolehlah menghadiri seminar ini. Sememangnya seminar ini amat berfaedah sebagaimana untuk merealisasikan objektif:

*Mendedahkan disiplin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.
*Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di institusi kewangan semasa.
*Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.
*Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.
*Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan bank Konvensional.
*Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti kadar di perbakan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan lain-lain. *Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.
*Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.
*Memberi ruang bagi orang awam memahami dengan lebih jelas hakikat sebenar proses kewangan mereka berjalan di perbankan Islam dan Konvensional.
*Memberi ruang bagi dialog dan mendapatkan penjelasan sebenar tentang perbankan Islam.

Berikut adalah butir-butir program tersebut:

Tarikh & Masa : 31 Mei 2008 (Sabtu)
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat CNI, Batu Berendam Putra, Melaka
(Sila lihat map ini :
Penceramah : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
B.A (Hons) Usuluddin, Universiti Malaya,
M.A. Syari’ah (Jayyid Jiddan), Universiti al-Yarmouk, Jordan
Pensyarah Kuliah Ekonomi, IIUM
Bekas Ketua (Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Syariah)
RHB Islamic Bank Berhad(anak syarikat Qatar Islamic Bank)

Untuk penyertaan @ pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi En. Karim (016-6186310)

No comments: